Sunday, 18 December 2011

Perginya Dia ~


Subuh yang hening hanya betemankan laptop dan nota , aku mengisi masa study ku dengan mendengar lagu metallic . Layan rock pepagi buta . Memandangkan esok ada test , so aku decide untuk membuat sedikit revision . I never thought that I will cry this morning . I never thought that someone will 'leave' forever this morning . 
Sedang aku khusyuk membaca dan mendengar ;agu , pintu bilik ku di ketuk dengan agak kencang . Aku inagt budak tu nak pulangkan nota aku , tapi aku silap , sebaliknya dia memulangkan nota dan membawa berita yang menyentap seluruh nerve aku . Ayanhanda sahabatku Diana telah pergi meninggalkan nya .. Walhal sahabatku baru sahaja pulang bertemu dengan Ayahandanya . bayangkan betapa peritnya kenangan itu . Ayahanda sahabatku menghidapi canser dan masalah paru-paru . Usus besarnya sudah di buang dan berada di dalam keadaaan kritikal . Namun sahabatku tetap gagah meneruskan pelajarannya walaupun dia tahu Ayahnya sakit tenat . 
Sehinggalah satu masa ketika di dalam bus , sahabatku menerima panggilan dari keluarganya .."Diana, ayah sakit tenat . Dia panggil nama kau je dari tadi..." serta merta aku mendengar esakkan dan melihat butir permata berjujuran jatuh namun tetap di tahan agar tidak melampau limpahannya . Tabahnya sahabatku . Apa yang mampu sahabatku katakan hanyalah "Aku nak balik...aku nak ayah aku..Aku nak balik May..." Sama seperti sahabatku , permata ku turut berjujuran dan lebih deras darinya . Petang itu sahabatku pulang dengan menaiki flight .
Kepulangannya ku nanti dan berita kesihatan ayahnya ku pantau . Alhamulillah segalanya okay . Pukul 1 pagi sahabatku tiba di kolej kami tinggal.. Tibanya di bilik kolej , deringan telephone di terima dan berita memeritkan telah didengarinya . Dia hanya mampu menangis dan hanya bertanyakan "mana ayah aku ? aku nak ikut ayah aku lah..." Dek risau dengan keadaannya , sahabat yang lain memujuknya untuk tidur sementara menunggu ahli keluarganya menjemput sahabatku pulang ke rumahnya . 
Telefon berdering lagi dan menandakan saudaranya telah sampai . Namun sahabatku enggan membuka matanya. Dikejut berulang kali tetapi dia hanya kaku di atas katil . Tangan sahabatku ku usap lembut , pipinya ku sentuh halus , rambutnya ku kuakkan ke belakang namun tiada respond . Aku dan sahabat lain mengambil keputusan untuk membangunkan nya sahaja . Kami memakaikan sahabatku baju , tudung ..etc.
Dia bangkit dan terus berjalan seperti tiada apa yang berlaku . Kami bersalaman , berpelukkan , tetapi dia hanya diam seperti seseorang yang hilang separuh jiwanya . Ya Allah , tabahnya hati sahabatku .

Sesungguhnya , Allah swt tidak akan menguji hambanya lebih dari kemampuannya . Kepada sahabatku , teruskan ketabahan mu kerana itu perbezaan mu dengan or ang lain .

Al-Fatihah kepada Allayarham ayahanda sahabatku . Agar beliau di tempatkan dengan golongan yang beriman ...

No comments:

Post a Comment