Kesedihan menyelinap di setiap lubuk hati aku tiap kali aku mendengar mereka mengungkapkan sebutan yang suci dalam hidup aku . Bagaimana perkataan itu mampu terluah setelah apa yang telah mereka lakukan ?
Aku bukan sesiapa untuk menghukum mereka atau menilai mereka tapi aku tak bodoh dan tak buta untuk melihat serta mendengar . Aku takut Allah akan menghukum mereka dengan teruk . Aku marah bila mengenangkan yang jejaka yang aku cintai sepenuh hati ; Nabi Muhammad akan menangis untuk mereka ketika di MASHAR nanti .
Setiap kali kesusahan barulah mereka akan kembali kepada Allah . Kadang-kala tidak sekali pun memandang Allah .
Adakah mereka sudah lupa bahawa setiap hela nafas mereka itu milik Allah?
Adakah mereka lupa setiap titis darah yang mengalir itu milik Allah ?
Adakah mereka lupa segala kemewahan ini milik Allah ?
Memang betul melayu mudah lupa tapi ini dah bertukar , manusia mudah lupa tanpa mengira bangsa . Ya Allah, jahilnya mereka.
Aku rasa agama ku di permainkan apabila mereka yang tidak bertudung dan menjejakkan kaki di lombong zina mendirikan solat . Wajarkah ia di lakukan ? Aku tahu tidak semua manusia sempurna tapi salahkah mencuba untuk berubah ? Berhijrahlah !
Mereka menangis bila melakukan dosa , tapi melakukannya kembali setelah mereka menyatakan ingin bertaubat . Ingin taubat nasuha ! Tolonglah kekalkan tujuan anda itu .
Jangan buat otak aku semak , dada aku sesak melihat keletah tak berubah kalian .
Niat ku bukan untuk memburukkan sesiapa kerana tiada nama sesiapa pun yang aku sebutkan di sini . Nasihat ku ini khas untuk sesiapa yang membaca .
Ertinya " tiada paksaan dalam Islam..."
tetapi jika memilih Syurga , pilihan di tangan kita ...



No comments:
Post a Comment