Sunday, 8 January 2012

Lelaki pun mulut tempayan ?

Since masuk dalam alam study ni , aku tak pernah sangka apa yang Ummi aku katakan tu jadi kenyataan . Aku jumpa banyak lelaki . Kacak , tak kacak tapi manis ada , poyo , perasan handsome macam Adham Sam, perasan sepet macam Matlutfi , dan banyak lagi lah.. Paling tak di sangka , lelaki pun mulut tempayan ! Dah macam mak cik Pe'ah kat kampung aku tu . Dasyat doe~
Terkejut gegirl~ Auwww..
By the way , kalau lelaki rasa dia HOT , sebenarnye takde lah hot mana pun . Setakat ada rupa , tapi perangai macam hantu sundal bolong yang aku jumpe dalam bilik ni , baik tak payah lah~  Tok seh nak angkat tinggi sangat halkum kau tu tunjuk yang kau tu lelaki .

Sesiapa wanita yang spesies macam aku , confirm kau tak suke lelaki yang dalam senarai ni :


  1. Nasihatkan orang bagai nak giler seolah-olah dia adalah lelaki yang sempurna . Cakap sangat sopan "awak tak boleh buat macam ni...die kan kawan awak. Janganlah gaduh. Saya sedih tengok awk macam ni.. senyum sikit please.." Bluweekkkk !!! nak muntah darah aku . Macam bagus je kau nasihat orang kan . Kau nak bagi nasihat ke atau nak ushar awek tu doe~ Plastik sampah betul la.
  2. Tanya masalah kat awek ni seolah-olah kau concern , padahal kau sebenarnya nak jadikan diri kau HOT . Bile kau dapat korek berita apahal awek ni muram je , tentu kau rase megah ! Nak-nak lagi awek tu pun famous , lagi terangkat lah halkum kau tu nak menyemak bertanya macam-macam . Bila dah dapat cerita tu , apa lagi , kau sebarkan pula dekat kawan kau yang lain . Terbaeeeekkkk sikap kau.. 
  3. Bila dah terjadi pergaduhan besar antara awek-awek , kau datang macam hero dengan bermonolog dalam hati  "Yeah , I'm coming baby..keep on fighting !"  Kau datang and say ,"Jangan gaduh lah . malu orang tengok ."   Tapi tetibe word yang bengap keluar dari mulut kau , "kenapa gaduh ni? cube cerita dekat aku..aku akan tolong selesaikan.."  Hahaha..nampak sangat kau menyelam ambil minum air bro.. 
  4. Bila kau dah dapat tackle hati awek tu , mulalah kau nak mulakan modus operandi mengambil berat melampau . Dengan cara , mula bagi sentuhan penenang . Sumpah kau ni Romeo~ kau mulalah nak touch awek tu . Kau usap-usap belakang dia and say "janganlah nangis.."  Cik abang , kalau dah sangap sangat , tempahlah hotel .. Tak pun bawak je balik , mak ayah kau tak tau punye kau buat kerje "mulia" kau tu..

So far , lelaki jenis macam ini sahaja yang aku jumpa di sini . Tak sangka kan.. Aku ingat lagi Ummi aku cakap , perempuan banyak cakap sebab perempuan tak ada halkum . So , tak ada benda yang menghalang pertuturan mereka . Tapi rasanya lelaki pun dah hilang halkum mereka.. Romeo macam mana pun lelaki tu , tak ada maknannya kalau dia tu murah . Lelaki itu adalah lelaki apabila dia menolak semua wanita dan menanti wanita yang dicipta satu untuk dirinya . Bukan jenis yang sapu semua awek . 
Peace ...

No comments:

Post a Comment